Urus Wang Kita

Pengurusan Kewangan Peribadi

Home Top Ad

Kawal 4 kriteria ini: 1) Income Perlu perbanyakkan punca pendapatan (multi source of income) 2) Expenses Kurangkan perbelanjaan supa...


Kawal 4 kriteria ini: 1) Income Perlu perbanyakkan punca pendapatan (multi source of income) 2) Expenses Kurangkan perbelanjaan supaya kehidupan lancar. 3) Asset Banyakkan Aset untuk membolehkan korang kumpul aset sebanyak mungkin demi keluarga tersayang. 4) Liability Kurangkan liabilit anda tanpa perlu berhutang dan menyusahkan diri sendiri.

Salah satu menabung dan invest


Biasa dengar org gaji 5k, tapi pandu kereta yg installment 1.3k-1.5k ?? biasa dengar kan....? gaji baru 4k dah berani beli kereta 1k per mon...


Biasa dengar org gaji 5k, tapi pandu kereta yg installment 1.3k-1.5k ?? biasa dengar kan....? gaji baru 4k dah berani beli kereta 1k per month. pun biasa dengar kan?? biasalah darah muda. darah muda akan cari kereta yg downpayment paling rendah, loan yg paling pjg. janji kereta best, harga diri seakan meningkat sama. dlm fikiran graduan yg baru dpt kerja ni cepat jer ternampak kereta2 spt honda civic, elantra, forte, cerato, golf, accord, sonata, jetta dll kereta yg nampak ada 'standard' supaya imej bertambah di mata org sekeliling. tapi apa yg ramai tak nampak bhw 1.5k instalment tu tak abis di situ saja. angka yg sebenar dia akan spent tiap bulan ialah 2k ++ per month. iaitu separuh dari gaji dia jadi habuan utk kereta, eksesori keta & pakej2 lain yg dtg dgn kereta tu.
.
instalment mmg la 1.3k. tapi petrol? katalah petrol 400 sebulan (melainkan dia pakai keta hebat tapi most of the time keta tersadai kat parking keta, jarang2 drive tak cukup duit utk petrol.. he he he). keta mahal dah tentu minyak injin pakai fully sentetik, brand elok ...takkan nak pakai minyak injin hak murah ye tak? sayang la injin keta tu.
.
ada yg beli kereta cuma tekan calculator utk kira installment. terlupa nak masukkan spending on insurance & road tax. lupa nak kira kos insurans utk kereta berharga 90k-150k? tak tau menahu kos roadtax utk kereta 2.0 liter? ada yg lupa nak masukkan semua tu dlm kira2. kesudahannya tertunggu2 bonus utk setel semua. kad kredit swipe dulu. bila takda bonus dia paling kuat mengata majikan & gomen. payment kad kredit postpone lagi. hehe ..
.
Kereta hebat takkan nak pakai tayar murah right? keta injin laju ni bahaya pakai tayar brand murah. gamak ke nak pakai brand tayar yg teksi pakai. jatuh la stendet. or takkan drive Camry tp pakai tayar seken hand? malu la kat budak2 kedai tayar. hehehe.... kereta2 hebat ni biasanya tayar rim 17 or 18. satu tayar jer dah rm350-400 ikut brand. So byklah 'kebocoran' sana sini angkara kereta nak hebat & nak maintain pakej yg datang bersamanya.
.
Kebocoran tanpa sedar. kerana bila motokar hebat, takkan gamak bagi duit raya 3 ringgit letak dlm sampul ye tak. malu la kaum. malu la kat kwn2 yg pakai kereta perodua bg duit raya sama mcm yg memandu Civic/Accord. so bila dah berkereta 'hebat' ni, secara otomatik mcm2 lagi tekanan sekeliling yg meminta supaya keluar duit lebih utk sustain gaya mutu keunggulan. keta mahal kena hantar car wash selalu, keta dah ler mahal takkan nak biar comot. kena hantar polish kasi kilat. service keta mesti kat designated service centre keta tu, mana blh service kedai sebarangan. so caj pun mesti la mahal sikit dari kedai biasa. bila keluar dgn kwn2 or ipar duai takkan yg pakai proton nak kena belanja makan ye tak. malu la sikit. hehe... maka byk la benda yg menyebabkan kekayaan 'bocor' angkara kereta... sbb nak jaga gaya mutu & keunggulan.
.
ramai org suka kereta. sbb utamanya ialah keperluan utk bw dari point A ke point B. sbb2 yg lain ialah kereta represent tahap ekonomi seseorg, imej, hobi. namun utk keadaan hari ini, jenis kereta blh mengelakkan dari dipandang rendah oleh org sekeliling, terutama masa balik raya & masa nak attend reunion dgn kwn2 sekolah & kwn2 uni. walau mcmn sekali pun kita nafi, kereta tetap 1st impression nak bagi org tengok kita sampai naik apa. bila attend reunion sekolah cthnya, amatlah berbeza penampilan bila seseorg tu sampai dgn brand new Accord berbanding sampai dgn Pesona. cash byk, saham byk, emas byk, rmh byk, properties byk org tak nampak. cerita pun org tak caya. dan sikap segelintir masyarakat... ada rasa hormat bila sembang dgn org2 berkereta besar bbanding dgn mamat berkereta saga BLM.
.
normally klu dah pakai kereta D segment tu tpaksa la jaga penampilan yg lain tu... which is very costly. hehe.
.
cuba tanya mana2 org muda, majoritinya target nak pakai keta hebat bila grad, bila dpt kerja krjn or swasta. buat hutang 9 thn sudah pasti, so terperangkaplah for the next 9 yrs. kereta tu selepas 9 thn akan jd besi buruk, susut nilai 90%. hilanglah potensi investment sepanjang 9 tahun tu krn cashflow habis ke instalment kereta & 'pakejnya'. byklah investment opportunity lost for the nx 9 yrs. lepas 7/9thn mesti nak tukar kereta lg. sbb keta lama dah hilang gempaknya. berhutang lagi 9 tahun. klu dulu mula2 beli kereta umur 28, lepas dah pakai dua buah kereta umur pun dah cecah 46 tahun. masa tu baru terpikir berapa lama lg nak kena kerja, umur patut pencen tapi saving ciput, simpanan tak cukup utk tanggung family, tak cukup utk sustain life style yg ada. org lain dah boleh pikir utk relax di umur 50-an, kita masih pikir tpaksa kerja utk tanggung hutang.
.
dan yg paling malang..................................... byk kes berkereta hebat tapi hujung bulan pinjam kwn2 opis. yg tu tak pulak rasa malu. pakai Pesona seken hand malu, pinjam duit merata tak malu. sanggup skip duit yg sepatutnya bagi org tua tiap2 bulan. malah pinjam pulak duit org tua. pinjaman yg liat byr balik. selalunya buat lupa nak byr balik.
.
ramai sanggup spend beribu sebulan utk kereta, tapi tak sanggup bagi org tua hatta rm500 sebulan. rupanya kereta hebat lagi penting.
.
menurut statistik yg dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, 25% orang yang bankrap adalah disebabkan hutang kereta iaitu tertinggi dari semua jenis hutang yg lain. Manakala yang masih belum bankrap pula sebahagiannya terpaksa catu makan pakai & keperluan anak isteri serta mak ayah demi kereta.

- END-

Kredit : Dunia Automatif

Menabung mungkin nampak susah, tetapi sebenarnya ia amat penting untuk masa depan kewangan kita. Bagi mereka yang baru mula, jangan risau! S...


Menabung mungkin nampak susah, tetapi sebenarnya ia amat penting untuk masa depan kewangan kita. Bagi mereka yang baru mula, jangan risau! Saya ada beberapa tips mudah untuk membantu anda mula menabung dan mencapai matlamat kewangan anda. Jom kita mulakan!

1. Tetapkan Matlamat: Langkah pertama adalah tentukan apa yang anda mahu capai dengan menabung. Adakah untuk membeli rumah, melancong, atau persaraan? Matlamat yang jelas akan memberi motivasi kepada anda untuk menabung secara konsisten.

2. Buat Bajet: Ketahui berapa banyak pendapatan anda setiap bulan dan tetapkan jumlah yang mahu anda tabung. Buat bajet untuk memastikan anda menguruskan wang dengan bijak dan tidak terlebih belanja.



3. Automatikkan Tabungan: Guna perkhidmatan auto-debit untuk memindahkan wang ke akaun simpanan setiap bulan secara automatik. Ini akan membantu anda menabung secara konsisten tanpa perlu berfikir dua kali.

4. Kurangkan Perbelanjaan Tidak Perlu: Semak semula perbelanjaan anda dan cari cara untuk mengurangkan kos yang tidak perlu. Contohnya, membatalkan langganan yang tidak digunakan atau memasak di rumah untuk mengelakkan makan di luar.

5. Simpan Duit Tambahan: Setiap kali anda menerima wang tambahan seperti bonus atau duit hadiah, jangan terus belanjakan. Simpan sebahagian daripadanya ke dalam akaun simpanan untuk masa depan.

6. Kaji Semula Tabungan Anda: Setiap beberapa bulan, semak semula perbelanjaan dan tabungan anda. Adakah terdapat ruang untuk meningkatkan jumlah yang anda simpan atau memperbaiki strategi tabungan anda?

7. Bijak Pilih Pelaburan: Apabila anda sudah mempunyai simpanan yang mencukupi, pertimbangkan untuk melabur bagi mengembangkan wang anda. Namun, pastikan anda memahami risiko dan memilih pelaburan yang sesuai dengan matlamat kewangan anda.

Ingatlah, langkah kecil hari ini boleh membawa kepada hasil besar di masa depan. Mulakan menabung hari ini juga, dan lihatlah bagaimana wang anda boleh berkembang! #Menabung #Kewangan #MatlamatKewangan

CNP Danial Harith

Manakan pelaburan anda yang bagus untuk anda?.. Fikirkan. 1. Akaun Simpanan Anda hanya akan mendapat kurang 1-2% sahaja. 2. Akaun Simpanan T...

Manakan pelaburan anda yang bagus untuk anda?.. Fikirkan.


1. Akaun Simpanan
Anda hanya akan mendapat kurang 1-2% sahaja.

2. Akaun Simpanan Tetap (FD)
Dengan kadar semasa kini, pulangan anda sekitar 3%.

3. KWSP (EPF)
EPF kebelakangan ini hanya memberikan pulangan sekitar 4-5%

4. Amanah Saham
Bergantung kepada fund yang anda pilih, secara purata keseluruhan
industri, ia memberi pulangan 8-10%.

5. ASB
Pulangan sekitar 7%

6. Pelaburan Bank Rakyat
Sejak beberapa tahun ini, pulangannya 12%. Malangnya, anda terpaksa
queue sekarang

7. Saham
Pulangan pelaburan yang sangat menarik. Tetapi kalau tidak ada
pengetahuan yang cukup mengenainya duit anda semua boleh hilang dalam
pasaran :shock:

8. Futures & Options
Instrumen kewangan yang sofistikated. Pulangan yang jauh lebih menarik
dari saham. Juga anda boleh kehilangan semua duit anda sekiranya anda
tidak tahu cara yang terbaik untuk mendapat duit melaluinya.

9. EMAS

Pulangan tahun lepas 2010, sebanyak 24%... http://tokperaihemas.com


Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan system perancangan. Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah dir...

Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan system perancangan.

Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri anda sendiri sudah berapa kali perkataan seperti “Tak apa”, “Nanti dulu”, “Lepas kahwin”, “Bila anak dah besar” sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insurance perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaikpulih pinjaman anda.

Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.


Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :
i- Apakah 3 matlamat kewangan anda?
ii- Bila jangka masa pencapaiannya?
iii- Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?

Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.


Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada system atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamour?

Kesilapan 4 : Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.

Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang punjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip yang sama (iaitu konsep nilai mata wang) simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10 peratus setahun (kadar kad kredit ialah 18 peratus) akan menghasilkan harta RM72000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka “menyimpan” dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.


Kesilapan 5 : Perlindungan Insurance yang tidak mencukupi.

Apabila memulakan satu system simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya sepeti belanja perubatan, hilang upaya bekerja , kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?

Kesilapan 6 : Kegagalan menangani “musuh” wang yang utama iaitu inflasi

Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?

Kesilapan 7 : Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah.

Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya, pembelian insurans dan unit trust yang tidak sesuai dan penggunaan wang KWSP yang tidak berpadanan dengan profil penyimpan. Semua orang tahu bila sakit harus jumpa doktor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan bagi mengatasi dilemma kewangan anda?